Tips kewangan dan Tips Berbelanja.
Mari ubah minda anda dengan konsep lama menggunakan buku 555 sebagai salah satu cara mengawal perbelanjaan harian anda. Biasanya buku 555 digunakan untuk mencatat segala hutang/hutang berbayar (cara orang lama la), tetapi hari ini kita ubah sikit paradigma dengan menggunakan buku 555 sebagai ‘tool’ perbelanjaan harian kita. Catit segala perbelanjaan harian kita di dalam buku 555 tersebut dengan penuh displin dan konsisten. Bermakna, setiap sen yang keluar dari poket perlu dicatat. Dengan cara ini kita dapat mengawal aliran keluar kewangan dan perbelanjaan kita secara berkesan dan terperinci. Cara ini juga, kita dapat mengesan segala kebocoran kewangan kita seharian. Bahkan kita juga dapat mengelakan dari kesilapan dalam membuat perbelanjaan. Oleh itu, anda akan sentiasa tahu status kewangan anda.
Rancang dengan teliti.
Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya TV LCD 42” berharga RM4,500.00. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM450.00 hingga cukup jumlahnya RM4,500.00 baru anda beli. Tidaklah lama sangat, cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan dicampurkan pula dengan jumlah interest, di sini anda akan rugi banyak wang. Di samping itu, ia akan menambah urusan atau menyibukkan diri anda setiap bulan untuk pergi ke bank atau “kot maut” (pinjaman tanpa cengkeram).
Tips penggunaan kredit kad
Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kad kredit sahaja sebagai kemudahan “tool” dalam kewangan kita. Jika anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad, sebenarnya anda telah buat silap untuk menjerat diri anda sendiri. Oleh itu tutup dua Kad kredit yang selebihnya itu, sebelum masalah hutang anda menjadi beban kepada diri anda. Kesilapan menggunakan kad kredit boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, ini disebabkan kadar faedah bagi hutang tersebut sentiasa naik. Dan jika anda bayar sedikit (lebih dikenali sebagai minimum payment) sahaja, kemungkinan besar anda hanya membayar jumlah kadar faedah-nya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar (hutang pokok).
Cara yang selamat menggunakan kad kredit ialah dengan menggunakan satu kad kredit sahaja, bila anda berhutang dengan mengunakan kad kredit, anda perlu cepat-cepat bayar penuh semula jumlah hutang tersebut. Adalah lebih baik bayaran penuh dilakukan semula dalam masa 20 hari (anda perlu mahir dalam tarikh seperti “Statement Date”, “Due Date” Dan “Cooling Period”) untuk mengelakkan anda dikenakan interest ke atas jumlah hutang yang dilakukan. Jika nilai had kredit RM5,000, pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja RM4,000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan. Jika tidak mampu, lebih baik jangan cuba-cuba mengunakan kad kredit sebagi alat untuk anda berhutang.
Anggaplah kad kredit itu hanya sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda akan menanggung masalah yang berpanjangan di masa hadapan.
Elakkan dari berhutang.
Elakkan diri dari menambah hutang yang sedia ada, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri. Untuk makluman anda, adalah merbahaya sekiranya 40% dan lebih daripada pendapatan kita terpaksa diagihkan untuk membayar hutang.
Sebagai contoh, jika gaji anda RM3,000,00 tetapi setiap bulan dan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, di mana gaji bersih selepas tolak hutang hanya tinggal RM900.00 sahaja. Ini bermakna anda telah menggunakan lebih 70% duit gaji anda hanya untuk membayar hutang sahaja. Bagaimana dengan duit makan anda? Keperluan harian anda? Bagaimana pula dengan bil-bil bulanan anda? Bagaimana pula sekiranya berlaku kecemasan? Inilah sebabnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Alangkah bahagianya sekiranya gaji anda RM3,000.00 itu tidak diagihkan untuk membayar hutang. Maka, Tepuk dahi tanyalah hati…
Ada juga individu yang sekadar suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon adalah RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran dicampur kadar Interest 5.85% selama 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Di sini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu, lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5,000.00 anda boleh berbelanja RM1,000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4,000.00 lagi. Kan bagus bagitu…. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5,000.00 kembali dan buat penambahan simpanan untuk kegunaan seterusnya.
Masa depan anda, anda yang pilih.
Maka, pilihlah jalan terbaik untuk diri anda demi masa depan yang sempurna.
Wednesday, November 24, 2010
jAgA 7 sUnah Nabi MuhAmMad
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama, Tahajjud
karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga,
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat,
jaga shalat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.
Kelima
jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam
jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
“Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan dzikir berbagai kejahatan seperti narkoba, KKN, dan lainnya dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Lirik Lagu Kenapa-Daus
Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?
Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah

Katakan kenapa? (ulang)

Resepi Kek Batik
- 1 bungkus (350g) biskut marie
- Setengah buku butter
- 2 biji telur
- 1 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn milo
- 1 cwn air
- 3/4 cwn gula
- ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
Cara-cara
- patah2kan biskut
- dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
- masukkan butter,kacau sampai butter cair
- kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
- masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
- masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
aPe lAh yg Jdi kt bl0g aK niE??
nk ucapkan thankszz kepada afiqah nadzri...thankszz to my friends..:)
urmm,pndai jugak kak fiqah nie,excited aq dgn bl0g aq nie...
ak berharap supaya kak fiqah(afiqah nadzri)yg telah menolongku selama ini..aq berharp dya hidup bhagia..;)

Etika Belajar
Agar membuahkan hasil yang baik dalam belajar, seorang pelajar haruslah mematuhi dan mentaati etika belajar. Etika belajar adalah aturan dan tata kesopanan belajar. Apakah tata kesopanan yang harus dimiliki pelajar
sehigga ia dapat sukses dalam belajar?
1. Berhati bersih dan tulus.
Ilmu itu adalah cahaya. Cahaya ini akan menembus ke dalam hati seseorang apabila hati orang tersebut dalam keadaan bersih. Bersih yang dimaksud ini adalah bersih dari sifat-sifat buruk seperti iri hati, dengki, sombong, amarah, benci, dendam, dan sejenisnya. Sebaliknya, ilmu akan menembus ke dalam hati seseorang yang memiliki sifat-sifat tulus, ikhlas, sopan, berbaik sangka, hormat, ramah dan sebagainya.
2. Rendah hati.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin berkata, “Hendaklah orang yang belajar itu menjadi seperti tanah gembur yang menerima hujan deras, lalu tanah itu mengisap seluruh bagian-bagiannya...”
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl: 70; maksudnya “Bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.”
Rasulullah SAW pernah bersabda,maksudnya “ Bukanlah akhlak Muslim bersikap merendahkan diri itu, kecuali dalam mencari ilmu.” (HR Ibnu Adi dari hadis Muadz dan Abu Umamah)
Sebagai pelajar, kita harus merendahkan diri mencari ilmu, teruatama kepada guru.
3. Menaati aturan belajar.

Aturan belajar dibuat untuk mentertibkan siswa dalam belajar sehingga mencapai tujuan yang dicita-citakan. Mengapa dalam belajar seringkali kita menghadapi gangguan dan halangan? Salah satu penyebabnya ialah kerana kita suka melanggar aturan belajar. Misalnya, siswa yang sering terlamabat masuk kelas, ia akan mendapati hambatan dan gangguan dalam belajar kerana selalu ketinggalan dari teman-teman lainnya. Apalagi sekiranya siswa itu sering ponteng kelas kuliahnya.
4. Mengulang-ulang pelajaran.
Mengulang-ulang pelajaran yang diberikan guru merupakan sebahagian dari aktiviti belajar yang mutlak dilakukan oleh setiap pelajar. Hal ini untuk menjaga agar ilmu yang telah didapatkan tetap bersemayam dalam hati kita.

5. Bersungguh-sungguh dalam belajar.
Kesungguhan adalah modal dasar semua orang dalam mencapai keberhasilan. Tidak ada sukses bagi orang yang tidak memiliki kesungguhan hati. Seorang pelajar yang bersungguh-sungguh dalam belajar nescaya akan memperoleh keberhasilan dalam proses belajarnya dan menguasai ilmu pengetahuan denagn baik dan luas serta ilmu itu bisa memberi manfaat dalam kehidupannya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Insyirah:7 maksudnya, “ Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), maka kerjakanlah (urusan yang lain) dengan sungguh-sungguh.”
Kesungguhan bisa mem,berikan hasil yang optimal. Gerenti!!

Rujukan: Buku bertajuk Progressive Learning: Learning by Spirit yang ditulis oleh Sukadi (2008).
Mengenal ALLAH
Satu daripada Hadis Nabi Muhammad SAW. yang masyhur ialah;
"Siapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan TuhanNya"
Ini bererti dengan mematuhi dan memikirkan tentang dirinya dan sifat-sifatnya, manusia itu boleh sampai kepada mengenal Allah. Tetapi oleh kerana banyak juga orang yang memikirkan tentang dirinya tetapi tidak dapat mengenal Tuhan, maka tentulah ada cara-caranya yang khusus bagi mengenal ini.
Sebenarnya ada dua cara untuk mencapai pengetahuan atau pegenalan ini. Satu daripada cara itu sangat sulit dan sukar difaham oleh untuk orang-orang biasa, maka cara yang ini tidak usahlah kita terangkan di sini. Yang satu cara lagi adalah seperti berikut: apabila seseorang memikirkan dirinya, dia tahu bahawa ada satu katika apabila ia tidak ada wujud, seperti tersebut dalam Al-Quran: "Tidakkah terjadi kepada manusia itu iaitu ada satu ketika apabila ia tidak ada apa-apa?"Selanjutnyaia juga tahu bahawa ia dijadikan diri setitik air yang tidak ada akal, pendengar, penglihatan, kepala, tangan, kaki dan sebagainya dari sini, teranglah bahawa walaubagaimanapun seseorang itu mencapai taraf kesempurnaan, tidaklah dapat ia membuat dirinya sendiri atau pun membuat sehelai rambut.
Tambahan pula jika ia setitik air, alangkah lemahnya ia? Demikianlah seperti yang kita lihat di bab pertama dulu, didapatinya dalam dirinya kekuasaan, kebijaksanaan dan cinta Allah terbayang dalam bentuk yang kecil. Jika semua pendita dalam dunia ini berkumpul dan mereka tidak mati, nescaya mereka tidak dapat mengubah dan membaiki bentuk pembinaan walau satu bahagian pun dari badannya itu.
Misalnya, dalam penggunaan gigi hadapan dan gigi sisi untuk menghancurkan makanan, pembinaan lidah, gelunjur air liur, tengkuk, kerongkong, kita dapatinya penciptaan itu tidak dapat diperbaiki lagi. Begitu juga, fikirkan pula tangan dan jari kita. Jari ada lima dan tidak pula sama panjang, empat daripada jari itu mempunyai tiga persendian, dan ibu jari hanya ada dua persendian, dan lihat pula bagaimana ianya boleh digunakan untuk memegang, mencincang, memukul dan sebagainya. Jelas sekali manusia tidak akan dapat berbuat demikian, betapa pula hendak menambah atau mengurangkan bilangan jari itu dan susunannya mengikut cara dan bentuk yang lain.
Lihat pula makanan, tempat tinggal kita dan sebagainya. Semuanya cukup dikurniakan oleh Allah yang maha kaya. Tahulah kita bahawa rahmat atau Kasih Sayang Allah itu sama dengan Kekuasaan dan KebijaksanaaNya, seperti firman Allah Subhanahuwa Taala.
"RahmatKu itu lebih besar dari kemurkaanKu"
Dan sabda Nabi SAW.,
"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya"
Demikianlah, dari makhluk yang dijadikanNya, manusia dapat tahu tentang wujudnya Allah; dari keajaiban badannya, ia dapat tahu tentang Kekuasaan dan Kebijaksanaanya Allah; dan dari Pengurniaan rezeki Tuhan yang tidak terbatas itu, nampaklah Cinta Allah kepada hambaNya. Dengan cara ini, mengenal diri sendiri itu menjadi anak kunci kepada pintu untuk mengenal Allah Subhanawa Taala.
Sifat-sifat manusia itu adalah bayangan Sifat-sifat Allah. Begitu juga cara wujudnya ruh manusia itu memberi kita sedikit pandangan tentang cara wujudnya Allah, iaitu Allah dan ruh itu tidak kelihatan, tidak boleh dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan, tidak tertakluk kepada ruang dan waktu, diluar sempadan kuantiti (bilangan) dan kualiti (kaifiat), dan tidak boleh diperikan dengan bentuk, warna atau saiz. Ada orang merasa payah hendak membentuk satu konsep berkenaan hakikat-hakikat ini kerana ianya tidak termasuk dalam bidang kualiti dan kuantiti, dan sebagainya, tetapi cuba perhatikan betapa susah dan payahnya memberi konsep tentang perasaan kita sehari-hari seperti marah, suka, cinta dan sebagainya. Semua itu adalah konsep fikiran atau tanggapan khayalan, dan tidak dapat dikenali oleh deria. kualiti, kuantiti dan sebagainya dan itu adalah konsep Deria(tanggapan pancaindera). Sebagaimana telinga kita tidak dapat megenal warna, dan mata kita tidak dapat mengenal bunyi, maka begitu jugalah mengenal Ruh dan Allah itu bukanlah dengan derianya.
Allah itu adalah Pemerintah alam semesta raya ini. Dia tidak tertakluk kepada ruang dan waktu, kuantiti dan kualiti, dan menguasai segala makhluknya. Begitu juga ruh itu memerintah badan dan anggotanya. Ia tidak boleh dilihat, tidak boleh dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan dan tidak tertakluk kepada tempat tertentu. Kerana bagaimana pula sesuatu yang tidak boleh dibagi-bagikan itu diletak kedalam sesuatu yang boleh dibagi-bagikan atau dipecah-pecahkan? Dari penerangan yang kita baca diatas itu, dapatilah kita lihat bagaimana benarnya sabda Nabi SAW.: "Allah jadikan manusia menurut rupanya".
Setelah kita mengenal Zat dan Sifat Allah hasil dari pemerhatian dan tafakur kita tentah zat dan sifat Ruh, maka sampai pulalah pengenalan kita kepada cara-cara kerja dan pemerintahan Allah Taala dan bagaimana ia muwakilkan Kuasa-Kuasanya kepada malaikat-malaikat, dan lain-lain, dengan cara memerhati dan bertafakur tentang bagaimana diri kita memerintah alam kecil kita sendiri.
Kita ambil sati misalan: Katakanlah seorang manusia hendak menulis nama Allah. Mula-mulanya kehendak atau keinginan itu terkandung dalam hatinya. Kemudian dibawa ke otak oleh tenaga keruhanian. Maka bentuk perkataan "Allah" itu terdiri dalam bahagian khayalan atau fikiran otak itu. Selepas itu ia mengembara melalui saluran urat saraf, lalu menggerakkan jari dan jari itu mengerakkan pena. Maka tertulislah nama "Allah" atas kertas, serupa seperti yang ada didalam otak penulis itu.
Begitu juga apabila Allah Subahanahuwa Taala hendak menjadikan sesuatu perkara, Ia mula-mulanya terzhohir dalam peringkat keruhanian yang disebut didalam Quran sebagai "Al-Arash". Dari situ ia turun dengan urusan Keruhanian ke peringkat yang di bawahnya yang digelar "Al-Kursi". Kemudian bentuknya terzhohir dalam "Al-Luh Al-Mahfuz". Dari situ dengan perantaraaan tenaga-tenaga yang digelar "Malaikat" terzhohirlah perkara itu dan kelihatanlah di atas bumi ini dalam bentuk tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan binatang; yang mewakilkan atau menggambarkan Iradat dan Ilmu Allah. Sebagaimana juga huruf-huruf yang tertulis, yang menggambarkan keinginan dan kemahuan yang terbit dan terkandung dalam hati; dan bentuk itu dalam dalam otak penulis tadi.
Tidak ada orang yang tahu Hal Raja melainkan Raja itu sendiri. Allah telah jadikan kita Raja dalam bentuk yang kecil yang memerintah kerajaan yang kecil. Dan ini adalah satu salinan kecil Diri(Zat)Nya dan KerajaanNya. Dalam kerajaan kecil pada manusia itu, Arash itu ialah Ruhnya; ketua segala Malaikat itu ialah hatinya; Kursi itu otaknya; Luh Mahfuz itu ruang khazanah khayalan atau fikirannya. Ruh itu tidak bertempat dan tidak boleh dibahagikan dan ia memerintah badanya; sebagaimana Allah memerintah Alam Semester Raya ini. Pendeknya, tiap-tiap orang manusia itu diamanahkan dengan satu kerajaan kecil dan diperintahkan supaya jangan cuai dan lalai mentadbir kerajaan itu.
Berkenaan dengan mengenal ciptaan Allah Subhanahuwa Taala, ada banyak darjah pengetahuan. Ahli Ilmu Alam yang biasa adalah ibarat semut yang merangkak atas sekeping kertas dan memerhatikan huruf-huruf hitam terbentang di atas kertas itu dan merujukkan sebab kepada pena atau qalam itu sahaja.
Ahli Ilmu Falak adalah ibarat semut yang luas sedikit pandangannya dan nampak jari-jari tangan yang menggeakkan pena itu, iaitu ia tahu bahawa unsur-unsur itu adalah kuasa bintang-bintang, tetapi dia tidak tahu bahawa bintang itu adalah di bawah kuasa Malaikat.
Oleh kerana berbeza-bezanya darjah pandangan manusia itu, maka tentulah timbul pertelingkahan dalam mengesan natijah atau kesan(akibat) kepada sebab. Mereka yang tidak memandang lebih jauh dari sempadan alam nyata ini adalah ibarat orang yang mengganggap hamba abdi yang paling rendah itu sebagai raja. Undang-undang alam nyata itu (Fenomena) itu mestilah tetap. Jika tidak, tidak adalah sains. Walaubagaimanapun, adalah salah besar menganggap hamba itu tuannya.
Selagi ada perebezaan ini, segala itulah pertelingkahan akan berterusan. Ini adalah ibarat orang buta yang hendak mengenal gajah. Seseorang memegang kaki gajah itu lalu dikatakannya gajah itu seperti tiang. Seorang lain memegang gadingnya lalu katanya gajah itu seperti kayu bulat yang keras. Seorang lagi memegang telinganya lalu katanya gajah itu macam kipas. Tiap-tiap seorang mengganggap bahagian-bahagian itu sebagai kaseluruhan. Dengan itu, ahli ilmu alam dan ahli ilmu Falak menyanggah hukum-hukum yang mereka dapat dari ahli-ahli hukum. Kesilapan dan sangkaan seperti itu terjadi juga kepada Nabi Ibrahim seperti yang tersebut dalam Al-Quran, Nabi Ibrahim menghadap kepada bintang, bulan dan matahari untuk disembah. Lma kelamaan beliau sedar siapa yang menjadikan semua-benda-benda itu, lalu boleh berkata, "Saya tidak suka kepada yang tenggelam."
Kita selalu mendengar orang merujuk kepada sebab yang kedua bukan kepada sebab yang pertama dalam hal apa yang digelar sakit. Misalnya; jika seseorang itu tidak lagi cenderung kepada hal-ehwal keduniaan, segala keseronakkan biasa tidak lagi dipedilikannya, dan tidak peduli apa pun, maka doktor mengatakan, "Ini adalah kes penyakit gundah gulana, dan ia perlu sekian-kian ubat atau priskripsi."
Ahli fizik akan berkata "Ini adalah kekeringan otak yang disebabkan oleh cuaca panas dan tidak dapat dilegakan kecuali udara menjadi lembab."
Ahli nujum akan mengatakan bahawa itu adalah pengaruh bintang-bintang.
"Setakat itulah kebijaksanaanya mereka." Kata Al-Quran, tidaklah mereka tahu bahawa sebenarnya apa yang terjadi ialah: Allah Subahana Wataala mengambil berat tentang kebajikan orang yang sakit itu dan dengan itu memerintahkan hamba-hambanya seperti bintang-bintang atau unsur-unsur, mengeluarkan keadaan seperti itu kepada orang itu agar ianya berpaling dari dunia ini mengadap kepada Tuhan yang menjadikannya. Pengetahuan tentang hakikat ini adalah sebuah mutiara yang amat bernilai dari lautan ilmu yang berupa Ilham; dan ilmu-ilmu yang lain itu jika dibandingkan dengan Ilmu Ilham ini adalah ibarat pulau-pulau dalam lautan Ilmu Ilham itu.
Doktor, Ahli Fizik dan Ahli Nujum itu memang betul dalam bidang ilmu mereka masing-masing. Tetapi mereka tidak nampak bahawa penyakit itu bolehlah dikatakan sebagai "Tali Cinta" yang dengan tali itu Allah menarik AuliaNya kepadaNya. Berkenaan ini Allah ada berfirman yang bermaksud;
"Aku sakit tetapi engkau tidak melawat Aku".
Sakit itu sendiri adalah satu bentuk pengalamaan yang dengannya manusia itu boleh mencapai pengetahuan tentang Allah; sebagaimana firman Allah melalui mulut Rasul-rasulNya;
"Sakit itu sendiri adalah hambaKu dan dikepilkan(disertakan) kepada orang-orang pilihanKu".
Dengan ulasan-ulasan yang terdahulu, dapatlah kita meninjau lebih mendalam lagi maksud kata-kata yang selalu diucapkan oleh orang-orang yang beriman iaitu;
"Maha Suci Allah" (SubhanaLlah)
"Puji-pujian Bagi Allah (Alhamdulillah)
"Tiada Tuhan Melainkan Allah (La ilaha iLlaLlah)
"Allah Maha Besar" (Allahu Akhbar).
Berkenaan dengan "Allahu Akbar" itu bukanlah bermaksud Allah itu lebih besar dari makhluk, kerana makhluk itu adalah penzhohiranNya sebagaimana cahaya memperlihatkan matahari. Tidaklah boleh dikatakan matahari itu lebih besar daripada cahayanya. Ianya bermaksud iaitu Kebesaran Allah itu tidak dpat disukat dan diukur dan melampaui jangkauan kesedaran; dan kita hanya boleh membentuk idea yang tidak sempurna dan tidak nyata berkenaanNya.
Jika seorang kanak-kanak bertanya kepada kita untuk menerangkan keseronokkan mendapat pangkat yang tinggi, kita hanya dapat mengatakan seperti perasaan kanak-kanak itu tatkala seronok bermain bola, meskipun pada hakikat kedua-dua itu tidak ada persamaan langsung, kecuali hanya kedua-dua perkara itu termasuk dalam jenis keseronokkan. Oleh yanag demikian, kata-kata "Allahu Akhbar" itu bererti Kebesaran itu melampaui semua kuasa pengenalaan dan pengetahuan kita. Tidak sempurna pengenalan kita berkenaan Allah itu bukanlah sangka-sangka sahaja tetapi adalah dsertai oleh ibadat dan pengabadian kita.
Apabila seorang itu mati, maka ia bersangkut-paut dengan Allah sahaja. Jika kita terpaksa hidup dengan orang lain, kebahagiaan kita bergantung kepada darjah kemesraan kita terhadap orang itu. Cinta itu adalah benih kebahagiaan, dan Cinta kepada Allah itu dimaju dan dibangun melalui ibadat. Ibadat dan sentiasa mengenang Allah itu memerlukan kita supaya bersikap sederhana dan mengekang kehendak-kehendak badan. Ini bukanlah bererti semua kehendak badan itu dihapuskan; kerana itu akan menyebabkan hapusnya bangsa manusia. Apa yang diperlukan ialah membatas atau mengehad kehendak-kehendak badan itu. Oleh itu seseorang itu bukanlah Hakim yang paling bijak untuk mengadili dirinya sendiri tentang Had itu. Maka ia lebih baik merundingi pemimpin-pemimpin keruhanian dalam perkara ini, dan hukum-hukum yang mereka bawa melalui Wahyi Ilahi menentukan batas dan Had yang mesti diperhatikan dalam hal ini. Siapa yang melanggar batas atau had ini "Menzholimi dirinya sendiri"(Al-Baqarah; 231).
Walaupun Al-Qur'an telah memberi keterangan yang nyata, masih ada juga orang yang melanggar batas kerana kejahilan mereka tentang Allah dan kejahilan ini adalah kerana beberapa sebab;
Pertama; ada golongan manusia yang kekal mencari Allah melalui pemerhatian, lalu mereka membuat kesimpulan dengan mengatakan tidak ada Tuhan dan alam ini terjadi dengan sendirinya atau wujudnya tanpa permulaan. Mereka ini seperti orang yang melihat surat yang tertulis dengan indahnya, dan mereka mengatakan surat itu sedia tertulis tanpa penulis atau telah sedia ada. Orang yang seperti ini telah jauh tersesat dan tidak berguna berhujah dan bertengkar dengan mereka. Setengah daripada orang-orang seperti ini adalah Ahli Fizik dan Ahli Kaji Bintang yang telah kita sebutkan di atas tadi.
Ada pula setengah orang keana kejahilan tentang keadaan sebenarnya Ruh itu. Mereka menyangkal adanya hidup di Akhirat dan menyangkal manusia itu diadil di sana. Mereka anggap diri mereka itu satu taraf dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan dan akan hancur begitu sahaja.
Ada juga orang yang percaya dengan Allah dan Hari Akhirat, tetapi kepercayaan atau Iman mereka itu sangat lemah. Mereka berkata kepada diri mereka sendiri;
"Allah itu Maha Agung dan tidak ada sangkut-paut dengan kita, walaupin kita sembah Dia atau tidak; tidak menjadi apa-apa kepadaNya".
Fikiran mereka ini seperti orang sakit yang disuruh makan ubat, tetapi ia berkata; "Apa untung atau ruginya doktor itu jika aku makan ubat atau tidak makan ubat?". Memang tidak terjadi apa-apa kepada doktor itu tetapi pesakit itulah yang akan bertambah teruk kerana degilnya. Badan yang sakit berakhir dengan mati. Maka Ruh atau Jiwa yang sakit berakhir dengan kesusahan dan kesiksaan di akhirat nanti, seperti firman Allah Taala dalam Al-Qur'an yang bermaksud;
"Hanya mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang Salim itulah yang akan terselamat".
Jenis orang yang tidak beriman yang keempat ialah mereka yang berkata;
"Hukum Syariat menyuruh kita jangan marah, jangan menurut nafsu, jangan bersikap munafik. Ini tidak mungkin kerana sifat-sifat ini telah memang ada semula jadi pada kita. Lebih baik tuan suruh saya membuat yang hitam itu jadi putih".
Mereka ini sebenarnya bodoh. Mereka jahil dengan hukum Syariat. Hukum Syariat tidak menyuruh manusia membuang sama sekali perasaan itu, tetapi hendaklah ianya dikontrol supaya tidak melanggar batas yang dibenarkan. Supaya dengan mengelakkan diri dari dosa besar, kita boleh memohon keampunan terhadap dosa-dosa kita yang kecil. Sedangkan Rasulullah ada bersabda;
"Saya ini manusia juga seperti kamu, dan marah juga seperti orang lain".
Firman Allah dalam Al-Qur'an;
"Allah kasih kepada mereka yang menahan kemarahan mereka".(Al-Imran:146)
Ini bererti bukan mereka yang tidak ada langsung perasaan marah.
Golongan yang kelima ialah mereka yang menekankan Kemurahan Tuahn sahaja tetapi mengenepikan KeadilanNya, lalu mereka berkata kepada diri mereka sendiri;
"Kami buat apa sahaja kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang".
Mereka tidak ingat meskipun Allah itu Pengasih dan Penyayang, namun beribu-ribu manusia mati kebuluran dan kerana penyakit. Meraka tahu, barangsiapa hendak hidup atau hendak kaya, atau hendak belajar, mestilah jangan hanya berkata; "Allah itu Kasih Sayang". tetapi perlulah ia berusaha sungguh-sungguh. Meskipun ada firman Allah dalam Al-Qur'an; "Tiap-tiap makhluk yang hidup itu Allah beri ia rezeki"(Surah Hud:06); tetapi hendaklah juga ingat Allah juga berfirman; "Manusia tidak akan mendapat apa-apa kecuali dengan berusaha". Sebenarnya mereka yang berpendapat di atas itu adlah dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka bercakap di mulut sahaja, bukan di hati.
Golongan keenam pula menganggap mereka telah sampai ke taraf kesucian dan tidak berdosa lagi. Tetapi kalau anda layan mereka dengan kasar dan tidak hormat, anda akan dengar mereka merungut bertahun-tahun mengata anda; dan jika anda ambil makanan sesuap pun yang sepatutunya mereka perolehi dari mereka, seluruh alam ini kelihatan gelap dan sempit pada perasaan mereka. Jikalau pun mereka itu sebenarnya telah dapat menakluki hawa nafsu mereka, mereka tidak berhak menganggap dan mengatakan diri mereka itu tidak berdosa lagi, kerana Nabi Muhammad SAW. sendiri, manusia yang paling tinggi darjatnya, sentiasa mengaku salah dan memohon ampun kepada Allah. Setengah daripada Rasul-rasul itu sangat takut berbuat dosa sehingga daripada perkara-perkara yang halal pun mereka menghidarkan diri mereka.
Adalah diriwayatkan, suatu hari Nabi Muhammad SAW. telah diberi sebiji Tamar. Beliau enggan memakannya kerena beliau tidak pasti sama ada Tamar itu ddapati secara halal atau tidak. Tetapi mereka menelan arak bergelen-gelen banyaknya dan berkata mereka lebih mulia daripada Nabi. (Saya menggeletar semasa menulis ini) pada hal sebutir Tamar pun tidak disentuh oleh Nabi jika belum pasti sama ada halal atau tidak. Sesungguhnya mereka telah diheret dan disesatkan oleh Iblis.
Aulia Allah yang sebenarnya mengetahui bahawa orang yang tidak menakluki hawa nafsunya tidak patut dipanggil "orang" dan orang Islam yang sebenarnya ialah mereka yang dengan rela hati tidak mahu melanggar Syariat sewenang-wenangnya. Mereka yang melanggar Syariat adalah sebenarnya dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka ini sepatutnya bukan dinasihati dengan pena, tetapi adalah sewajarnya dengan pedang.
Sufi-sufi yang palsu ini kadang-kadang berpura-pura tenggelam dalam lautan kehairanan atau tidak sedar, tetapi jika anda tanya mereka apakah yang mereka hairankan itu, mereka tidak tahu. Sepatutnya mereka disuruh menungkan kehairanan sebanyak-banyak yang mereka suka, tetapi di samping itu hendaklah ingat bahawa Allah Subhanahuwa Taala itu adalah Pencipta mereka dan mereka itu adalah hamba Allah sahaja.

Monday, November 22, 2010
Mengenai diriku
Nama:Nur Aishah binti Mohamad Shobri
Nama Samaran:Princess Aishah or Gurlz
Panggilan d skolah;Gurlz
Panggilan d umah;Aishah @ Kakak
Trikh Lahir:20.Ogos 2000
Tmpat Lahir:Hopital Besar Alor Star(HBAS)
Ank yg ke:4 dri 5 adik beradik
Hobi:Bermain komputer,tidur,berjalan-jalan
Cita-cita:Doktor,Pakar Perubatan,Saintis,Guru,Pkar Psikologi Kanak2
Impian:1.ingin mendapat 5A dlm UPSR(2012)
2.ingin mendapt 8A dlm Pmr(2013)
3.ingin mendapt 9A dlm SPM(2018)
4.ingin berjaya sehingga menara gading
5.ingin berjaya d dunia n d akhirat
Parents
Mohamad Shobri bin Ibrahim
Azizah binti Abdul Rahman
Siblings
Nur Afifah Binti Mohamad Shobri
Nur Amalina Binti Mohamad Shobri
Nur Atikah Binti Mohamad Shobri
Mohamad Alif Binti Mohamad Shobri

nk cerita mengenai Tajuk:Me MySeLf aNd I
Me MySeLf aNd I??...Dariman aq dpt tajuk nie??..
ok skarang ak nk cita mengenai darimana aq dpt tajuk nie..ok skarang ak mulakan..
aq mendapat idea ingin menceritakan tentang diriku d blog ini,pastu tetiba jew aq mendpt idea aq ingin meletakan nama Me MySeLf aNd I..
aku dpt tajuk nie darimana....aq dpt tajuk nie gna otaklah..hihihi~
-Aishah-
Sunday, November 21, 2010
Saturday, November 20, 2010
my friends at house..;)
1.Nur Dayana ialah rakanku yg baik, comel&pemarah(nama gelaran-dayana atau diyana)
2.Daniel Alif ialah adik kepada Dayana,hobinyer ialah bermain(nama gelaran-pak nan)
3.Nur Baiti ialah rakan sekelas kepada Dayana(nama gelaran-Betty atau Baiti)
4.Fatin Nor Dayana ialah rakan sekelas kepada Dayana jugak(nama gelaran-Fatin)
5.Azim adik kepada Fatin(nama gelaran-Adik)
6.Mohamad Alif adikku yg comel & baik hati(nama gelaran:Alif)
New Idea From Me!!!
gadis remaja yg berusia 12 thun bernama Siti berbual dengan remaja lelaki yg berusia sama dengannyer yg bernama Khalid
Khalid:Esok Adikku ingin pergi mandi
Siti:mandi apa??
Khalid:mandi bomba sebab dye nk sunatlah....hihihi
Siti:ohhh lupa lew...
Khalid:nanti kenduri sunat dye dtang tau..
Siti:insyaallah....bila kenduri???...sunat bila???..
Khalid:26/11/2010...23/11/2010...
Siti:ok lah sye dh nk off9 nie..salam..bye
Khalid:w.salam...bye
Subscribe to:
Posts (Atom)